BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

kIs@h PeDoM@N.......pEmBuRu & BuRuNg MuRaI...........



Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu dan berjanji akan memberinya tiga nasihat yang berharga sekiranya ia dibebaskan..... 

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun melepaskannya. Sebaik sahaja murai itu terlepas, ia pun berkata,"Nasihatku adalah....." 

1)Jangan percaya semua apa yang kamu dengar.... 

2)Jangan suka menyesal,serahkan pada takdir ALLAH....." 

Setelah berkata demikian murai itu pun berkata,"Biar aku katakan padamu.Di mulut aku ini ada sebutir mutiara yang berharga sekali sebesar 10 dirham!" 

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata2 burung murai itu. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu...."Bodohnya aku!Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!" 

Mendengar keluhan pemburu yang penuh sesalan itu,murai berkata. "Bukankah aku baharu sahaja menasihati mu agar jangan suka menyesal terhadap apa yang telah lalu.....Engkau tidak dengar!...... Nasihat yang pertama supaya jangan mudah percaya apa yang kamu dengar. Kalau engkau timbang tubuhku nescaya engkau akan dapati tidak melebihi 3 dirham. Bagaimana mutiara seberat 10 dirham boleh memasuki mulutku?" 

"Baik lah,apakah nasihatmu yang ke-3?" tanya pemburu itu. "Kamu tidak gunakan sama sekali kedua-dua nasihat aku berikan tadi dan sekarang kamu hendak pula nasihat yang ke-3? Tetapi tidak mengapalah. Nasihat ku yang ke-3 adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih ditanah usang, tidak akan memberi faedah!"

0 comments: