BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 1, 2011

LIkE tHiS soNg,,,,,jEnT@Yu.....

JeNtAyu.....

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya


Di sayap taufan kau jelajahi

Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ke tidak adilan

Jentayu

Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku 

 
Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

Pinjamkanlah syahdumu

Monday, February 28, 2011

kIs@h PeDoM@N.......pEmBuRu & BuRuNg MuRaI...........



Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu dan berjanji akan memberinya tiga nasihat yang berharga sekiranya ia dibebaskan..... 

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun melepaskannya. Sebaik sahaja murai itu terlepas, ia pun berkata,"Nasihatku adalah....." 

1)Jangan percaya semua apa yang kamu dengar.... 

2)Jangan suka menyesal,serahkan pada takdir ALLAH....." 

Setelah berkata demikian murai itu pun berkata,"Biar aku katakan padamu.Di mulut aku ini ada sebutir mutiara yang berharga sekali sebesar 10 dirham!" 

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata2 burung murai itu. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu...."Bodohnya aku!Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!" 

Mendengar keluhan pemburu yang penuh sesalan itu,murai berkata. "Bukankah aku baharu sahaja menasihati mu agar jangan suka menyesal terhadap apa yang telah lalu.....Engkau tidak dengar!...... Nasihat yang pertama supaya jangan mudah percaya apa yang kamu dengar. Kalau engkau timbang tubuhku nescaya engkau akan dapati tidak melebihi 3 dirham. Bagaimana mutiara seberat 10 dirham boleh memasuki mulutku?" 

"Baik lah,apakah nasihatmu yang ke-3?" tanya pemburu itu. "Kamu tidak gunakan sama sekali kedua-dua nasihat aku berikan tadi dan sekarang kamu hendak pula nasihat yang ke-3? Tetapi tidak mengapalah. Nasihat ku yang ke-3 adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih ditanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Sunday, February 27, 2011

moR@L Di sEb@lIk CeRiT@....

 


Apakah erti kasih sayang kepada anda???Cerita ni ILHAM KASIH ada terbaca & ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian....Kisah yang sebak ni memang membuatkan aku berasa sedih & terfikir duit bukan lah segalanya walaupun segalanya memerlukan duit...Marilah sama2 kita menghayatinya...... 


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya......
Dia tidak kenal akan mereka.......

Wanita itu bertanya.....
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar...... Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.....

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya..... 

"Tidak", wanita itu berkata....
"Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab
.....


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut....
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam....

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu
....
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,

dan saya adalah Kasih Sayang.." 

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah....

"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.....Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata
....

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.....
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju....

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" 

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.....
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami....
"Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.....
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.....

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:

"Jika awak menjemput samaada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya....

Moral untuk kita - Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Saturday, February 26, 2011

BeL@J@R pUn PeRlU RiLeKs.....


MAi SekArAnG iLhAm KaSiH nAk BaGi TipS tErBaIk YaNg BoLeH bUaT kOrAnG pRaKtIk UnTuK sUkSeS kEtIkA sTuDy....  


#Berhenti sebentar & nyanyikan lagu favourite korang...jika ada bahagian yang susah untuk dihafal biarkan otak korang rileks sebentar..... 

#Sambil duk membaca,urut kepala sendiri dengan kedua telapak tangan di bahagian kiri & kanan..... 

#Tutup kedua mata mengunakan jari telunjuk & tengah untuk merehatkan mata buat seketika..... 

#Jika badan sudah terasa sengal-sengal angkat kedua tangan ke atas untuk stretching..... 
  
#Makan makanan pedas....lagi pedas lagi bagus !!! barulah otak berfungsi dengan pantas....ahahaha....kena try ni..... 

#Lompat setempat sebanyak 10 kali..... 

#Tepuk tangan untuk memberi semangat pada diri sendiri...... 

#Ingat kembali zaman lucu ketika korang bersama kawan2 korang....... 

#Try geletek diri sendiri sehingga rasa geli & ketawa..... 

#Nyanyi lagu kenangan korang dengan bf korang..... 

#Lakukan senaman muka selama 3 minit...gerak kan kening & kembang kembungkan pipi.....

Friday, February 25, 2011

SuDuT ilMU.....KeHiL@Ng@n DiRi........

Hari ini aku berdiri di jendela
Memikirkan runtuhnya bangsa ku
Menangisi hilangnya pekerti budi

Tiada lagi rasa malu memahkotai diri
Atau hormat menghiasi budi
Tiada lagi akhlak menyeri diri
Atau iman memagari hati
Hidup hanya nafsu mengusai diri
Untuk penerusan umur sehari lagi

Semalam telah berlalu
Bersama seribu duka dan pilu
Hari ini adalah hari menanti
Hari esok yang tidak pasti

Tiada lagi kehidupan untuk dinikmati
Bagi hati yang telah lama mati
Tiada lagi senyuman pengubat hati
Setelah harapan berlalu pergi 

Kita tidak terlalu ketinggalan dari sudut teknologi ataupun ekonomi tetapi kita semakin mundur dari sudut 'nilai'..... 

Nilai Iman tidak lagi menjadi agenda utama di dalam pendidikan anak2 di rumah atau di sekolah inikan pulak di dalam suasana tempat kerja....Persoalan Iman tidak lagi menjadi isu utama yang dibincangkan di kedai kopi,tempat kerja atau media masa....  

Tentunya ada kuliah2 ilmu tentang iman tetapi terlalu asing dalam dunia kini.....Hanya kelompok2 tertentu yang tergerak hati untuk menghadirinya itu pun kehadirannya kadang2 semakin berkurangan......

Nilai Benda telah benar-benar menawan hati manusia; sejak kecil anak-anak diingatkan "belajar rajin-rajin nanti boleh kerja yang hebat-hebat,gaji besar dan sebagainya.....di kedai kopi dan pejabat sibuk membincangkan kereta model baru,rumah yang cantik....

Lalu hari ini kita melihat remaja-remaja kita melangkah maju mencari kebendaan serta meninggalkan iman dan segala yang berkaitan dengannya; tiada lagi rasa hormat, kepekaan, rasa takutkan dosa dan segala nilai yang akan mempertahankan 'kemanusiaan'.

Thursday, February 24, 2011

CiNt@ suCi @D@L@h PeNc@Ri@nKu Y@Ng @b@Di.......

 

Cinta itu datang dengan tiba-tiba tanpa diundang dan tanpa dipaksa,ia singgah dan bersemi di dalam kalbu ku..... 

cinta itu terlalu indah untuk dikatakan dan ia terlalu pahit untuk dirasakan.....   

Setiap hari aku bertanya pada diri ini apa ada pada CINTA ? Ia tumbuh dan bersemi di dalam kalbuku dan ia juga membuatkan aku terasa bahagia setiap saat apabila aku bersua dengannya... 


Dan aku juga rela bekorban hanya untuk mengapai kebahagiaan diri ku ini,walaupun ku tahu ia hanya untuk sesaat dan cinta juga telah membuatkan aku buta dengan segalanya ..  

Kala cinta itu hilang dan pergi hatiku terasa hancur dan deraian air mata tarus mengalir ke pipiku... 


Manakala separuh dari jiwaku terasa hampa kerana ia pergi meninggalkan aku sendirian dengan tanpa keizinanku...   

Di manakah dikau wahai cinta ini kerana dikau selalu hadir di setiap hembusan nafas hidupku.... 


Engkau juga membuatkan ku tegar untuk menghadapi cubaan dan engkau juga membuatkan aku tertawa riang dalam kebahagian dan menangis dikala daku kesunyian...  

Aku akan terus mencari cinta sejati dan dengan langkah kaki ini aku akan terus mencari untuk menggapai cintaku kembali.....   

Dengan harapan agar aku dipertemukan dengan seorang insan yang amat memahami hati ini.....

bU@T T@T@P@N.........

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat..  
Kawan memang ramai tapi dalam banyak2 kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat..  
Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..
Dalam mencari sahabat kadang2 kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. 
Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan..  
Memang dunia ni penuh dengan keunikan..  
Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..
Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? 
Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. 
Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat??