BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 2, 2011

kIsAh tElAdAn...KIs@h BisKUt....

KISAH BISKUT

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum ini sambil membaca novel. Sedang enak dia menikmati biskut tersebut, dia perasan lelaki di sebelahnya juga turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki tersebut juga turut mengambilnya. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ini. Dahlah tak minta dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu. Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hatinya.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan wajah yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yangterakhir dari bungkusan itu. Wanita iru menunggu reaksi daripada lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatahkan dua lantas memberikan separuh kepada wanita itu. Wanita itu begitu marah namun dia tetap menahan dirinya daripada memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan mempamerkan mukanya yang masam mencuka. Wanita itu berkata dalam hatinya.

"Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggalah panggilan menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menghela nafas lega, wanita itu melangkah kaki menaiki pesawat.

Apabila sampai ke tempat duduknya, dia membuka begnya untk mengambil barang. Alangkah terkejutnya, dia melihat sebungkus biskut yang masih elok bungkusannya terdapat di dalam beg tersebut.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku, bermakna biskut yang aku makan tadi....?" getus hatinya.

Alangkah malunya dia dengan tindakan terhadap lelaki tersebut. Lelaki tersebut telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehinggalah biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi dia menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf rasanya sudah terlambat. Namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan menyedari dialah sebenarnya pencuri biskut.

Wahai diriku sendiri dan rakan-rakan ku sakalian....

Janganlah kita buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan mata kasar. 



hasil nukilan encik abd razak bosri..
s k jitra3...

0 comments: