BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

kIs@h PeDoM@N.......pEmBuRu & BuRuNg MuRaI...........



Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu dan berjanji akan memberinya tiga nasihat yang berharga sekiranya ia dibebaskan..... 

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun melepaskannya. Sebaik sahaja murai itu terlepas, ia pun berkata,"Nasihatku adalah....." 

1)Jangan percaya semua apa yang kamu dengar.... 

2)Jangan suka menyesal,serahkan pada takdir ALLAH....." 

Setelah berkata demikian murai itu pun berkata,"Biar aku katakan padamu.Di mulut aku ini ada sebutir mutiara yang berharga sekali sebesar 10 dirham!" 

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata2 burung murai itu. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu...."Bodohnya aku!Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!" 

Mendengar keluhan pemburu yang penuh sesalan itu,murai berkata. "Bukankah aku baharu sahaja menasihati mu agar jangan suka menyesal terhadap apa yang telah lalu.....Engkau tidak dengar!...... Nasihat yang pertama supaya jangan mudah percaya apa yang kamu dengar. Kalau engkau timbang tubuhku nescaya engkau akan dapati tidak melebihi 3 dirham. Bagaimana mutiara seberat 10 dirham boleh memasuki mulutku?" 

"Baik lah,apakah nasihatmu yang ke-3?" tanya pemburu itu. "Kamu tidak gunakan sama sekali kedua-dua nasihat aku berikan tadi dan sekarang kamu hendak pula nasihat yang ke-3? Tetapi tidak mengapalah. Nasihat ku yang ke-3 adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih ditanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Sunday, February 27, 2011

moR@L Di sEb@lIk CeRiT@....

 


Apakah erti kasih sayang kepada anda???Cerita ni ILHAM KASIH ada terbaca & ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian....Kisah yang sebak ni memang membuatkan aku berasa sedih & terfikir duit bukan lah segalanya walaupun segalanya memerlukan duit...Marilah sama2 kita menghayatinya...... 


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya......
Dia tidak kenal akan mereka.......

Wanita itu bertanya.....
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar...... Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.....

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya..... 

"Tidak", wanita itu berkata....
"Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab
.....


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut....
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam....

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu
....
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,

dan saya adalah Kasih Sayang.." 

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah....

"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.....Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata
....

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.....
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju....

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" 

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.....
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami....
"Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.....
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.....

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:

"Jika awak menjemput samaada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya....

Moral untuk kita - Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Saturday, February 26, 2011

BeL@J@R pUn PeRlU RiLeKs.....


MAi SekArAnG iLhAm KaSiH nAk BaGi TipS tErBaIk YaNg BoLeH bUaT kOrAnG pRaKtIk UnTuK sUkSeS kEtIkA sTuDy....  


#Berhenti sebentar & nyanyikan lagu favourite korang...jika ada bahagian yang susah untuk dihafal biarkan otak korang rileks sebentar..... 

#Sambil duk membaca,urut kepala sendiri dengan kedua telapak tangan di bahagian kiri & kanan..... 

#Tutup kedua mata mengunakan jari telunjuk & tengah untuk merehatkan mata buat seketika..... 

#Jika badan sudah terasa sengal-sengal angkat kedua tangan ke atas untuk stretching..... 
  
#Makan makanan pedas....lagi pedas lagi bagus !!! barulah otak berfungsi dengan pantas....ahahaha....kena try ni..... 

#Lompat setempat sebanyak 10 kali..... 

#Tepuk tangan untuk memberi semangat pada diri sendiri...... 

#Ingat kembali zaman lucu ketika korang bersama kawan2 korang....... 

#Try geletek diri sendiri sehingga rasa geli & ketawa..... 

#Nyanyi lagu kenangan korang dengan bf korang..... 

#Lakukan senaman muka selama 3 minit...gerak kan kening & kembang kembungkan pipi.....

Friday, February 25, 2011

SuDuT ilMU.....KeHiL@Ng@n DiRi........

Hari ini aku berdiri di jendela
Memikirkan runtuhnya bangsa ku
Menangisi hilangnya pekerti budi

Tiada lagi rasa malu memahkotai diri
Atau hormat menghiasi budi
Tiada lagi akhlak menyeri diri
Atau iman memagari hati
Hidup hanya nafsu mengusai diri
Untuk penerusan umur sehari lagi

Semalam telah berlalu
Bersama seribu duka dan pilu
Hari ini adalah hari menanti
Hari esok yang tidak pasti

Tiada lagi kehidupan untuk dinikmati
Bagi hati yang telah lama mati
Tiada lagi senyuman pengubat hati
Setelah harapan berlalu pergi 

Kita tidak terlalu ketinggalan dari sudut teknologi ataupun ekonomi tetapi kita semakin mundur dari sudut 'nilai'..... 

Nilai Iman tidak lagi menjadi agenda utama di dalam pendidikan anak2 di rumah atau di sekolah inikan pulak di dalam suasana tempat kerja....Persoalan Iman tidak lagi menjadi isu utama yang dibincangkan di kedai kopi,tempat kerja atau media masa....  

Tentunya ada kuliah2 ilmu tentang iman tetapi terlalu asing dalam dunia kini.....Hanya kelompok2 tertentu yang tergerak hati untuk menghadirinya itu pun kehadirannya kadang2 semakin berkurangan......

Nilai Benda telah benar-benar menawan hati manusia; sejak kecil anak-anak diingatkan "belajar rajin-rajin nanti boleh kerja yang hebat-hebat,gaji besar dan sebagainya.....di kedai kopi dan pejabat sibuk membincangkan kereta model baru,rumah yang cantik....

Lalu hari ini kita melihat remaja-remaja kita melangkah maju mencari kebendaan serta meninggalkan iman dan segala yang berkaitan dengannya; tiada lagi rasa hormat, kepekaan, rasa takutkan dosa dan segala nilai yang akan mempertahankan 'kemanusiaan'.

Thursday, February 24, 2011

CiNt@ suCi @D@L@h PeNc@Ri@nKu Y@Ng @b@Di.......

 

Cinta itu datang dengan tiba-tiba tanpa diundang dan tanpa dipaksa,ia singgah dan bersemi di dalam kalbu ku..... 

cinta itu terlalu indah untuk dikatakan dan ia terlalu pahit untuk dirasakan.....   

Setiap hari aku bertanya pada diri ini apa ada pada CINTA ? Ia tumbuh dan bersemi di dalam kalbuku dan ia juga membuatkan aku terasa bahagia setiap saat apabila aku bersua dengannya... 


Dan aku juga rela bekorban hanya untuk mengapai kebahagiaan diri ku ini,walaupun ku tahu ia hanya untuk sesaat dan cinta juga telah membuatkan aku buta dengan segalanya ..  

Kala cinta itu hilang dan pergi hatiku terasa hancur dan deraian air mata tarus mengalir ke pipiku... 


Manakala separuh dari jiwaku terasa hampa kerana ia pergi meninggalkan aku sendirian dengan tanpa keizinanku...   

Di manakah dikau wahai cinta ini kerana dikau selalu hadir di setiap hembusan nafas hidupku.... 


Engkau juga membuatkan ku tegar untuk menghadapi cubaan dan engkau juga membuatkan aku tertawa riang dalam kebahagian dan menangis dikala daku kesunyian...  

Aku akan terus mencari cinta sejati dan dengan langkah kaki ini aku akan terus mencari untuk menggapai cintaku kembali.....   

Dengan harapan agar aku dipertemukan dengan seorang insan yang amat memahami hati ini.....

bU@T T@T@P@N.........

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat..  
Kawan memang ramai tapi dalam banyak2 kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat..  
Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..
Dalam mencari sahabat kadang2 kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. 
Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan..  
Memang dunia ni penuh dengan keunikan..  
Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..
Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? 
Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. 
Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat??  

Tuesday, February 22, 2011

lIrIk L@Gu Y@Ng INd@H....




"rintihan seorang insan biasa
Memohon doa pada Ilahi
Inginkan cahaya, Kesucian hati"


Aku mengaku ku bukan yang terbaik selama ini
Betapa sesal diriku memungkiri mu
Ampunilah dosaku, sucikanlah jiwaku
Agar ku mendapat rahmat kasihmu

Hanya Kau saja yang mampu berikan ku cahaya
Di dunia yang kegelapan ini
Kau saja yang selalu berikan ku harapan
Agar ku kembali ke pangkal jalan
Ke pangkal jalan...

"Ingin petunjuk diri
Bebas dari noda
memanjat doa, sucikan diri"
Terimalah doaku ini..
Hanya itu yang ku pinta
Oh Tuhan tolonglah
Aku hanya menusia biasa

Hanya Kau saja yang mampu berikan ku cahaya
Di dunia yang kegelapan ini
Kau saja yang slalu berikan ku harapan
Agar ku kembali ke pangkal jalan
Ke pangkal jalan...

Aku mengaku ku bukan yang terbaik selama ini...

Hanya Kau saja yang mampu berikan ku cahaya
Di dunia yang kegelapan ini
Kau saja yang slalu berikan ku harapan
Agar ku kembali ke pangkal jalan 

"Bertaubat, memohon rahmat
Ke akhir hayat...."

Saturday, February 19, 2011

ku rindu z@m@n k@n@k2 @ku.....

nostalgia.... 



Arini tetiba aku teringat nostalgia masa aku kecik2,ni masalah aku duk tengok pic kawan2 aku la ni....bila tengok2 balik rasa lawak....dulu memang kecik2 kami rapat sgt.... la ni dah besar dah kita kan....semalam fariza dah kawin....kita yang lain2 ni x tau la bila lak kan....ingat lagi dulu....rasa kalau nak pi kolah x sabar sgt2 nak jmpa kawan2....nak main2,nak study sama2,nak sembang2.....aduiiii rindunya aku saat2 2....kawan2 yang aku rindu sgt...yanty,fendi,najwa,fariza,& hamdi....semua kami dah berjumpa balik walaupun dah berpisah berbelas tahun....ada sorang2 2 aja aku duk cari x jumpa2 lagi sampai ari ni....hamdi org nya....mana la hamdi ni,macam mana la rupa dia,dh kawin ka dia,anak berapa dah la...apa pun utk kawan2 aku yang duk rindu & sayang sgt2  ni,aku harap kita akan tetap jadi best friend sampai bila2....i love u all......so much......

Friday, February 18, 2011

BiC@r@L@H dEnG@N b@h@s@ h@tI......


 

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda...... 

Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam
menjalani segala sesuatunya.Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.......  

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada
keikhlasan anda.......

SePi......


  • Sepi membawa kita keseorangan.
  • Sepi membuatkan seseorang itu putus asa.
  • Kesedihan akan terungkai, jika kesepian menyelubungi diri.
  • Hanya kehadiran seseorang, akan mengakhiri segala kesepian yang dialami.
  • Hanya ketabahan seseorang itu, akan mengubah kesepian kepada kebahagian.
  • Kesedihan akan terungkai jika kesepian menyelubungi diri.
  • Apa gunanya kebahagian, kalau kesepian hadir bersama.
  • Ingatlah kesepian akan hadir tanpa diduga dan kesepian tak mengakhiri cinta.
  • Biarkan kesepian hilang dalam hidup kita buat selama-lamanya.

Thursday, February 17, 2011

PUisI m@L@m...



Sampaikan salam untuknya ..
Ketika hati kian berdebar dan jantung berkata ingin
Ketika mata kian dekat dan hati merindukannya
Ketika tangan mengayun menggenggam dan langkah kaki beriringan

Sampaikan salam untuknya ..
Lewat malam yang tak bertuan
Lewat bulan yang teduh memayungi
Lewat bintang yang mengedipkan kilaunya
Lewat kunang kunang yang menghampiri lagi bersahutan

Sampaikan salam untuknya ..
Lewat mimpi yang panjang nan indah
Lewat doa yang tersebut perlahan
Lewat cinta .. ketika bibir tersungging senyuman ..

TiPs MeN@Ng@nI StReEs......

1-Rileks tenangkan fikiran dan tarik nafas.
Cari tempat-tempat yang tenang dan sunyi seperti di taman-taman,bawah pokok, tanah perkuburan, tandas awam dan sebagainya.kemudian duduk dalam keadaan selesa....pejamkan mata.,tarik nafas perlahan-lahan menggunakan hidung.kemudian hembus perlahan-lahan menggunakan mulut.ulang sebanyak mana yang korang nak. agak-agak sampai korang dah rasa tenang boleh berhenti dan sambung kerja balik......  


2-Gelak sepuas hati
Pepatah orang putih ada menyebut 'Laughter is the best medicine'.so luangkan masa untuk membaca buku-buku lawak seperti majalah Apo, Ujang, Lawak Campus.selain itu, boleh jugak menonton video-video lawak di youtube dan juga filem or drama comedy then gelaklah sekuat hati confirm stress korang akan hilang.tapi hati-hati dengan orang sekeliling.....nanti tak pasal-pasal kasut melayang atas kepala disebabkan kesalahan mengganggu ketenteraman awam......  


3-Berjalan seketika
Berjalan boleh hilangkan stress???ya,sememangnya berjalan dapat mengurangkan stress.dengan berjalan,kita akan mempunyai masa untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka......kemudian hayatilah udara yang segar merupakan rawatan semulajadi untuk menghilangkan stress.....berjalan juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan.....  


4-Mendengar Music 
Dengarlah lagu-lagu yang menenangkan jiwa seperti lagu-lagu tradisional, lagu-lagu nasyid.....lagi baik kalau korang dengar bacaan al-quran.boleh jugak dengar lagu-lagu patriotik seperti jalur gemilang.....mesti lepas tu korang akan jadi bersemangat balik......  


5-Berehat seketika
Iklan kit-kan dekat TV pun ada sebut 'mari berehat seketika bersama kit-kat'....tak salah untuk korang ambil masa 10-20 minit untuk berehat daripada melakukan kerja.....time rehat tu korang boleh tidur sekejap untuk menenangkan fikiran yang kusut tu...... 


6-Melukis
Melukis dapat membantu seseorang untuk melupakan seketika masalah yang dialaminya.....ambil satu kertas kosong dan luahkan apa yang ada dalam kepala otak korang atas kertas tu...... 
sekian wasalam.....:-)

Wednesday, February 16, 2011

LiFe......  


“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”   

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.”

mIsS u @lL.....


kHaS bUaT iNsAn YaNg aKu RiNduI....   



Waktu memisahkan aku denganmu 
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu 
Kini saat indah menjadi sejarah 
Dan musim pun berlalu bersama waktu 
Kini bertemankan sebuah perasaan  
Rasa kasih rasa rindu padamu.............

Tuesday, February 15, 2011

TeNt@nG kEhIdUp@n..

                                                            TeNtAnG kEhIdUpAn....


  
Kesedihan hanya akan membuat musuh anda gembira. Dari itu bahagiakanlah hati anda yang mana membuat musuh anda berdukacita.................

 Semangat yang berkobar-kobar adalah hiasan para waris Nabi, sedangkan kesombongan adalah virus yang menjangkiti para penzalim yang keji................

Jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik. Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri..............

TaNdA dIa MeNcInTaI kAmU..

Monday, February 14, 2011

MuZiK iTu CiNtA...

Muzik Itu Cinta..

Pernah atau tidak kita ketahui jenis muzik yg mampu mendamaikan seseorang??kenapa kalau kite sedih kita mencari lagu berentak  
Sentimental....kalau nak happy kita cari lagu berentak Rancak/Jazz..dan kalau mencari unsur kesedaran kita mencari lagu berentak Nasyid..cuba kita fahami dan gabungkan elemen-elemen ini..ia kan menjadi satu hasil yg menarik dalam perkembangan Cinta..untuk kita ketahui..

Nasyid | sifat terpuji,dakwah,atau lebih mudah unsur Islam
Rock | dengan sifat keras,tegas,teguh,yakin
Jazz | rancak,lembut,damai
Sentimental | lebih kepada mendayu,muhasabah diri,kesal,jiwa halus 

jadi dengan dengan elemen-elemen ini sebenarnya kita mampu membuat satu ungkapan yang dapat membantu dalam Cinta..
"Cinta membawa Sentimental dalam jiwa...ia diberi jalan yang paling sesuai ibarat rentak Jazz namun ia perlu seteguh dan keras hentakan Rock untuk mencapai hasrat paluan dan alunan Nasyid.."


Ertinya: Dalam cinta Sentimental kita akan lebih terurus dengan sifat yang lebih lembut,berseni,jiwang atau lebih mendalam jiwa agar lebih memahami pasangan..ia diberi jalan oleh Jazz sebab sifatnya yang rancak namun lembut...dimana kita akan menyayangi pasangan dan menjaga pasangan dengan apa cara sekalipun..ia perlu seteguh Rock sebab kadang-kadang dugaan menimpa,kita perlu sabar dan kuatkan semangat untuk menyayangi pasangan...untuk mencapai hasrat Nasyid diperlukan dimana bercinta mencari keredhaan Allah SWT...

Mudah-mudahan anda mampu berfikir..elemen-elemen ini mampu membantu anda...fahami muzik ini untuk kita memupuk rasa kecintaan yang sejati dalam diri..salam penutup bicara..

Sebuah Kisah...Sebuah Cerita...untuk pedoman...


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. '
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

SiNoPsIs SeTuLuS jAnJi..

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!


Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

sALaM..

mesti semua orang terfikir kan siapa la ilham di hatiku sehingga ku meletak nama nya dia ruangan blog ku ini..untuk pengetahuan semua ilham tiada kena mengena dengan diriku,tetapi beliau adalah watak dalam salah sebuah novel kegemaran ku iaitu setulus janji hasil nukilan aina emir..novel setulus janji adalah novel yang sentiasa melekat di fikiran ku buat selamanya..

 

TEnTanG cInTa..

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita . 

Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. 

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.  

Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. 

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.  

Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

tIpS mEnGeKaLkAn pErSaHaBaTaN..

RaHsiA dI sEbALiK kElHiRaN & PaSaNgAn IdEaL.....

CiNtA iTu InDaH

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. 

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis