BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 25, 2011

MaDaH iLhAm kAsIh.......


Jika kamu mahu menyintai seseorang, lihatlah kebaikan nya....

Jika kamu mahu membenci seseorang, lihatlah keburukan nya....

Jika kamu mahu di cintai, jangan lah ada rasa kebencian....

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan & kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi & mencintai kamu dengan sepenuh hatinya....

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja & kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri....

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak...

Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka & sengsara....

Meskipun kesalahan @ kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti & menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka....

Siapa yang mengenali hatinya, maka ia akan mengenal siapa dirinya, siapa yang mengenal siapa dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya....

Tuesday, March 22, 2011

Benarkah sukar mengenali hati lelaki???

BeNaRkAh sUkAr mEnGeNaLi HATi LeLAkI ??? 



Dalam persahabatan, ada pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan perempuan. Mungkin kerana lelaki bersifat mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan @ lebih berterus-terang & tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana?   Mari kita lihat beberapa fakta yang perlu difahami oleh perempuan untuk lebih mengenali lelaki.... 

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.... 
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti 

A. “Ya, rasa-rasanyalah”
B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?”
C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
D. “Penting sangatkah?” dan
E. “Siapa, saya?” 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda & anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. ...Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.... 

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan....Kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.... 

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah... 

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan..... 

6. Setiap kali anda marah @ naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.....


7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya....Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan....Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.... 

8.   Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.... 

9.   Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan....Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih & perlu mencintai si wanita..... 

10. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.....


11. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar @ apa saja yang menjadi kegemaran mereka..... 

12. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan..Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga @ sahabat handai anda,maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.....

Wednesday, March 16, 2011

IsU wANiTa.....SebAb wAnItA BoRiNg dEnGaN cInTa......

SeBaB WAnItA BoRiNg dEnGaN cInTa.....  

Macam2 kisah pasal putus cinta ya sekarang....berita2 yang tragis pun banyak antaranya.....“Kena simbah cuka akibat tolak cinta. Menurut berita, seorang lelaki bertindak menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam akibat cintanya tidak berbalas....Gadis malang itu melecur teruk di bahagian muka,tangan dan badan....

Di dalam akhbar Kosmo!29/10/2010 pula memetik “Hazreen teruk dipukul teman lelaki selepas putuskan hubungan, Pelajar UiTM koma dibelasah, yang melaporkan pelajar tersebut kini koma akibat kecederaan dalaman yang teruk di bahagian kepala....Semoga teman lelakinya cepat dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.....

Terror sungguh lelaki zaman sekarang, semakin ramai pula yang mahu menyaingi Zionist yang bermaharajalela menzalimi rakyat Palestine... aduhai... iLhAm kAsIh  sangat bersimpati atas apa yang berlaku kepada dua gadis di atas....Nauzubillah,minta dijauhkan perkara sebegini terjadi lagi....

Agak sukar untuk kita jangka, orang yang kita kenali dan sayangi,sanggup bertindak kejam sehingga mengakibatkan kecederaan kekal atau meniti maut seperti yang berlaku kepada mangsa-mangsa ‘si pendek akal’ dalam petikan berita di atas.....Jika kita lihat peristiwa di atas,tindakan kejam sebegini mungkin berpunca akibat tidak dapat menerima kenyataan dan amat mencabar kelelakian mereka yang direject oleh orang yang disayangi.....

“Saya sudah tidak cintakan awak lagi. Cukup di sini saja hubungan kita” ....kalimah ini walaupun nampak sangat mudah diucapkan,tetapi ia sangat menghiris perasaan, apatah lagi jika diucapkan oleh seorang yang disayangi setengah mati.....Bagi lelaki,ayat ini cukup tidak digemari kerana ia mencabar kelelakian mereka....

Bagi lelaki yang pernah atau akan mendengar ayat sebegini,jangan sesekali anda menjerit atau mengambil keputusan bodoh seperti yang berlaku dalam berita di atas.....Sebaliknya,tarik nafas panjang-panjang & cubalah berfikir dengan waras.....

Rasa cinta tidak boleh dipaksa sebaliknya ia datang dari hati.....Kalau pasangan sudah tidak menyukai anda lagi,cubalah bermuhasabah diri,buat post mortem & cari apakah puncanya.....BESAR kemungkinan anda punca utamanya......Cuba semak punca yang sempat dikupas dalam isu kali ini...... 

1 – Bosan dengan ikatan cinta

Ada sesetengah wanita yang tidak boleh hidup tanpa cinta....Bagi mereka,cinta umpama makanan harian seperti mimegi nasi.....Bukan saja wanita,ada juga lelaki yang begini.....Ada pula yang sangat bosan berkasih dengan orang yang sama sementelah jika mereka sudah menjumpai lelaki yang jauh lebih baik daripada anda.....

Jadi sebagai lelaki,kalau sudah selalu sangat pasangan anda melahirkan rasa bosan kepada anda,sedar-sedarlah diri kerana mereka sebenarnya bosan dengan sikap anda yang mungkin tidak berubah.....Meletakkan perumpamaan,anda berkahwin selama 15 tahun tetapi selama 15 tahun itu jugalah anda tidak perihatin atau mengucapkan ‘selamat hari lahir sayang’ bila tiba hari jadinya,adakah rasa cinta itu akan wujud???Kalau sekali dua mungkin mereka akan menerimanya,tetapi jika anda masih gitu-gitu macam apek juga,ketahuilah, ia sangat membosankan.....

2 – Bertemu dengan insan lain

Salah satu sebab mengapa wanita bosan dengan anda adalah kerana dia sudah bertemu dengan lelaki lain yang lebih baik daripada anda....Ini termasuklah dari segi rupa paras,penampilan,kewangan,pekerjaan & banyak lagi aspek lain....Sebelum mendirikan rumahtangga,wanita biasanya akan mencari lelaki yang boleh memberi perlindungan untuk mereka....Mereka mahukan lelaki yang benar2 boleh menjaga mereka sehingga ke tua...Tetapi kalau dia sudah bertemu dengan orang lain yang jauh lebih baik daripada anda,sudah tentulah anda bukan lagi menjadi pilihannya....

3 – Berasa diri terabai

Tidak semua wanita memandang wang sebagai pakej utama dalam memilih lelaki....Sebaliknya,mereka mahukan lelaki yang boleh menjadi pelindung,mampu memberikan mereka kasih sayang & perhatian....

Kalau wanita terasa dirinya diabaikan, pasti sukar untuk anda memenangi hatinya semula....Hati wanita,sekali pun dilihat lembut tetapi apabila sudah keras,baling ke dinding pun tidak dapat memecahkannya lagi....

4 – Anda tidak lagi dipercayai

Cinta umpama masa berlalu....Ia tidak akan menoleh ke belakang atau mengundur,sebaliknya akan terus berputar mengikut peredaran masa....Ketika menjalinkan hubungan,mungkin ada di antara sikap anda yang memualkan dirinya.....

Mungkin juga sikap anda yang kaki perempuan, kaki tangan atau kaki temberang, membuatkan jiwa wanitanya memberontak.....Apabila telah tiba masanya, mungkin timbul rasa bosan tahap gaban,dia tidak akan menoleh ke belakang lagi dan tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan anda yang mungkin pada ketika itu baru terhegeh-hegeh hendak berubah....Jadi berhati-hatilah,kerana bila hati wanitanya dilukai,anda juga yang akan terasa lukanya....

Sebenarnya, cinta memerlukan pengertian....Keduanya saling memerlukan,baik lelaki mahupun perempuan.....Allah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan....Sudah tentu fitrah ini dipenuhi oleh setiap insan....Namun,apabila kerap dikhianati,tidak diperdulikan,dikecewakan atau seumpamanya,sudah tentu rasa cinta itu akan pudar.....

Jadi sebelum anda terus kecewa,berhati-hatilah kerana bila rasa cinta itu hilang,barulah anda menyedari bahawa dia adalah insan yang terbaik buat anda.....

Semoga menjadi renungan yang bermanfaat....

Monday, March 7, 2011

CiNtA, kEkAyAaN, kEcAnTiKaN, kEsEdIhAn, KeGeMbIrAaN....

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN & sebagainya. Awalnya mereka hidup bahagia dengan kasih sayang dan saling melengkapi....Namun pada suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu & air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan menenggelamkan pulau itu.....Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri..... 



CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang & tidak mempunyai perahu.....Ia berdiri di tepi pantai & mencuba meminta pertolongan.....Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.....Tidak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.....

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.....

Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN......

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.....Aku tak dapat membawamu bersama ku, nanti perahu ini tenggelam....Lagipun tiada tempat untukmu di dalam perahuku ini...."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam..... 

 

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN  mengayuh perahunya....  

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA....

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemui kembali perahu sehingga ia tidak mendengar panggilan CINTA....  




Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin ketakutan...Tidak lama kemudian CINTA ternampak KECANTIKAN.....

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.....

Lalu KECANTIKAN menjawab, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor....Aku tidak boleh membawamu ikut bersamaku.....Nanti kamu akan mengotorkan perahuku yang cantik ini" sahut KECANTIKAN.....  

 

CINTA sedih sekali mendengarnya....CINTA mulai menangis terisak- isak....Apakah kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku....Saat itu tibalah KESEDIHAN....Lalu berkatalah CINTA....

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.....

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya... 

  

CINTA semakin putus asa....Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya....CINTA terus berharap supaya dirinya dapat diselamatkan.....Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, “oh TUHAN tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat cemas itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.....Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya....Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi meninggalkan CINTA...   




Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia langsung tidak mengenali siapa orang tua yang baik hati yang telah menyelamatkannya itu.....CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk  di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu...."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu....Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia datang menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya....bahkan teman-teman yang mengenaliku pun tidak mahu menolongku", tanya CINTA dengan musykilnya.... "Sebab?? orang itu menjawab "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA......"

CINTA KEPADA ALLAH..... 

CINTA RASUL.... 
CINTA IBU BAPA.... 
CINTA KEPADA UMMAH.... 
CINTA KEPADA KECEMERLANGAN....

Sunday, March 6, 2011


NoTa nOtA cInTa

 Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri 

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga 

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya 

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta 

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Wednesday, March 2, 2011

kIsAh tElAdAn...KIs@h BisKUt....

KISAH BISKUT

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum ini sambil membaca novel. Sedang enak dia menikmati biskut tersebut, dia perasan lelaki di sebelahnya juga turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki tersebut juga turut mengambilnya. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ini. Dahlah tak minta dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu. Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hatinya.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan wajah yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yangterakhir dari bungkusan itu. Wanita iru menunggu reaksi daripada lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatahkan dua lantas memberikan separuh kepada wanita itu. Wanita itu begitu marah namun dia tetap menahan dirinya daripada memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan mempamerkan mukanya yang masam mencuka. Wanita itu berkata dalam hatinya.

"Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggalah panggilan menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menghela nafas lega, wanita itu melangkah kaki menaiki pesawat.

Apabila sampai ke tempat duduknya, dia membuka begnya untk mengambil barang. Alangkah terkejutnya, dia melihat sebungkus biskut yang masih elok bungkusannya terdapat di dalam beg tersebut.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku, bermakna biskut yang aku makan tadi....?" getus hatinya.

Alangkah malunya dia dengan tindakan terhadap lelaki tersebut. Lelaki tersebut telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehinggalah biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi dia menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf rasanya sudah terlambat. Namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan menyedari dialah sebenarnya pencuri biskut.

Wahai diriku sendiri dan rakan-rakan ku sakalian....

Janganlah kita buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan mata kasar. 



hasil nukilan encik abd razak bosri..
s k jitra3...

pErEmPu@n & IsI H@Ti..........

Perempuan dan isi hatinya?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya......
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. ....

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.....
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.....
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.....
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.....
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.....Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.....
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.....Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka....

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.....
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.....
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.....
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan......

14. Jika kamu  menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.....Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.....
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.....
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya..... 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.....Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal......
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta...... 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri......
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.....
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya......
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui...... 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik......
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi......

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!! 
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.....

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah......tiap lelaki perlukan wanita......